Search This Blog

Kenapa Tidak Aku Lafazkan Cinta


Saya manusia biasa seperti kamu semua. Sangat biasa. Mengimpikan untuk dicintai dan jugak mencintai (cewahh). Kerana itu fitrah kejadian manusia kan..kan..?. Percaya tak yang saya tak pernah cuba bercinta?. Bukan fobia ke elergik ke..tapi hakikat.

Habis tuh kenapa saya tulis entry cintan-cintun nih dak?. Hehe.sebab ini adalah..
 'nota kecik saya untuk si dia'.


Sifu google



Kepada Sang Pemuda(seorang dia)...

Terima kasih kepada awak kerana sudi singgah kehalaman hidup saya. Awak sahabat saya yang sangat istimewa (anugerah dari DIA). Mungkin banyak persoalan awak terhadap saya. Dan salah satunya tentang cinta dan perasaan.

Kenapa tidak pernah saya lafazkan cinta?.
Jawapannya senang. Kerana hati ini bukan milik saya. Ia mempunyai Pemilik Kekal yang Abadi. DIA yang ciptakan dan anugerahkan kita 'hati'. Suatu anugerah besar selepas akal. Jadi biarlah perasaan cinta ini saya pendam dan simpan elok-elok. Bila waktu itu datang, cinta ini akan saya jadikan sebagai salah satu hadiah hantaran. Dan bukan hanya di dunia bahkan hingga ke akhirat hendaknya. InshaAllah.

'Cinta itu buta'.
Saya bukan seorang yang baik, lemah lembut, sopan satun dan bukan juga orang yang tinggi budi bahasa (dan sewaktu dengannya). Tapi saya mengimpikan sebuah ikatan yang bahagia hingga bertemu dengan Allah.


Bukan 'uztaz' yang saya harapkan kerana saya bukan seorang 'ustazah'. Bukan 'hartawan' yang saya minta kerana harta bukan segalanya. Bukan orang terkenal yang saya impikan kerana saya lebih selesa sederhana.


Saya perlukan seorang yang akan berjalan bersama dengan saya menempuh liku hidup. Seorang yang tidak akan pernah biarkan saya hanyut dalam sungai dosa dan noda. Seorang yang ada disisi saya dalam apa jua realiti kehidupan. Orang yang dapat menerima segala kelemahan saya dan siapa diri saya.

Saudara, Saya tidak pernah bisa menghalang apa-apa perasaan kamu terhadap saya, Tetapi saya juga tidak mahu memaksa perasaan saya terhadap kamu. Biarlah ia lahir dari keizinan Allah. Jika takdir tertulis awak lah orangnya maka cinta dan segalanya untuk awak..tapi jika takdir adalah sebaliknya, percayalah di luar sana ada yang lebih baik untuk awak.

Saya harap saudara paham luahan saya. Sekian coretan nota kecik untuk awak. Wassalam.

Yang Benar,
Seorang Aku
(nota kecil buat si dia) 








No comments:

Post a Comment

Budak Baik Cakap